Monday, April 27, 2009

CeNdeRaHati - KaYu MaNis / CiNNaMoN

KuLiT KaYu MaNis atau CiNNaMoN.. Para saintis telah mendapati kulit kayu manis atau boleh juga dikenali sebagai cinnamon dimana iya mempunyai sifat ala-insulin. Kulit kayu manis bukan sahaja boleh mengurangkan paras glukosa darahdan juga triglyceride serta kolestrol. Penting kepada para pesakit penghidap kencing manis diabetes type II.

Dengan hanya setengah sudu teh serbuk kulit kayu manis setiap hari diambil dalam pemakanan harian , pesakit kencing manis boleh mengurangkan paras glukosa darah. Kesan yang sama juga boleh diperolehi dengan merendamkan batang kulit kayu manis ke dalam minuman teh atau kopi yang boleh membantu menghalang dan melawan kencing manis.

Para saintis mendapati bahawa kesan ala-insulin dari kulit kayu manis dan bahan aktifnya, poliphenol boleh melonjakkan paras tiga protin utama. Protin berkenaan sangat penting mengalukan proses isyarat-insulin normal, gerakbalas radangan yang sihatm dan pengangkutan glukosa berkesan ke seluruh anggota badan.
Kulit kayu manis bukan sahaja boleh menjadi insulin dalam merawat pesakit kencing manis bahkan boleh dijadikan hiasan atau cenderahati kepada para tetamu.. Kayu manis akan dihias cantik untuk melengkapkan tanda terima kasih tuan rumah kepada para tetamu.. Cenderahati kayu manis boleh dijadikan hiasan atau secara tidak langsung boleh mengelakan semut mengurumi makanan- makanan manis selain boleh menjadi hiasan di dinding....






No comments:

Post a Comment